Saturday, May 16, 2009

Memori tercipta di Kg.Tempasuk 1

Mengimbas kembali 24 tahun yang lalu, memang tidak boleh imbas...heheh..sebab masa tu saya masih kecil , so tidak ingat apa2 lagi...Tapi yang masih kekal dalam ingatan ialah ini lah tempat saya membesar..kampung kecil ini lah tempat saya merayau-rayau, mansau ansau dan mengumpul pelbagai memori manis, pahit,masin pelbagai rasa la bah...

Masih segar dalam ingatan, kampung Tempasuk 1 masa zaman kecil2 dlu amat berbeza dgn sekarang ini, totally different...what a development! Tp pembangunan yang sangat bagus ntuk kampung ini, terutamanya jalan raya yang dahulunya hanya tanah ataupun batu2 kecil sahaja, tp sekarang sudah bertar hitam...dulu2 mau pegi ke sekolah Sk.Tempasuk 1 selalu ja mendung, bukannya mendung disebabkan cuaca tetapi ,sepanjang jalanraya tu di penuhi dengan pokok-pokok kecil yang menghadang cahaya matahari , mcm gua la, saya ingat lagi tu depan rumah saya, mmg mcm terowong...best kalo siang, tp bila malam nah...jangan harap sy berani keluar...gelap gulita...

Dulu kalo yang tidak tahu, kampung Tempasuk 1 ni ada rumah panjang, nama pun rumah panjang mestilah panjang kan, lebih kurang 50meter la gitu, nah ni tempat pn sy kira istimewa bah....sini lah kalo ada event mcm mau krismas or pesta kaamatan ka , mlm tu pn menyibuk la dtg sini, tengok2 org buat keja, last2 tertidur n besok baru bangun...

Tapi sekarang ,rumah panjang ni tiada sudah,sudah usang dan reput, so kena tukar dgn Rumah Kebudayaan la, multi use juga la...tempat mesyuarat pn boleh, masak memasak dll la..lagi satu sungai di Tempasuk 1 ni best juga la, selalu juga tempat lepak mandi manda dan memancing.walaupun tidak sehebat sungai sungai yang besar tp sungai ini ataupun tali air ini sangat berjasa kpd petani-petani di Kampung Tempasuk 1, dimana menjadi sumber pengairan bagi swah-sawah para petani.

Paling best mengenai kampung ini ialah sawah padi nya, mmg best dan memang menenangkan jiwa dan minda.Kalo stress2 ja kan, memang sesuai lepak2 di Jambatan Stephen untuk melihat keindahan alam semulajadi ,dari kampung ini terutama sekali dari jambatan Stephen ini atau local dialect panggil 'jambatan Sitibon' anda akan dapat melihat keindahan sawah padi yang berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.Fuhh memang rindu ini tempat, selalu lepak2 sini sambil makan makanan ringan dan goreng pisang...

Jambatan Sitibon ni dpt nama disebabkan seorang kontraktor bernama Stephen yang buat ni jambatan, so orang2 kampung pun panggil la Jambatan Sitibon, dan hingga ke hari ini nama ini kekal digunakan..kampung Tempasuk 1 ni pn fames juga dengan Bahar, ramai la pengusaha bahar di kampung ni,dan ramai juga orang luar datang ke sini untuk membeli bahar.Bahar ni adalah sejenis minuman yang boleh memabukan, tapi yang pasti, bahar ni adalah 100% pure dari nira kelapa tapi dicampur dengan serbuk kayu 'rosok' untuk menghasilkan satu gabungan yang mantap hahah yg dipanggil bahar...bahar susah dilepaskan...

Sekarang ni Kg.Tempasuk 1 maju2 sudah...anak2 muda pn mmg advance2 sudah, pandai bercantik cantik dan bergaya dan telah sedar akan kepentingan ilmu teknologi ini dalam kehidupan seharian mereka, seperti saya juga ...ceh...nasihat saya gunakan medium yang ada untuk perkara yang berfaedah dan yang baik2 saja...

Kalau mau dicerita lebih detail dan kisah2 di Tempasuk1 ni , mmg tidak akan habis cerita dia, nanti saya akan bg lg la info2 apa2 yang patut la...palan-palan update...

0 comments:

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP